Pages

March 30, 2011

APABILA SI DIA TERLEBIH RAJIN...

bila si dia terlalu rajin...

inilah yang terjadi..






* abaikan keadaan di sekitar sinki yang bersepah, lesung batu yang terinterpreme dan sebagainya....yang menganggu penglihatan anda.

March 23, 2011

GAJAH PUTIH aka THAILAND

KRABI..
salah satu tempat yang tak kurangnya menarik di Thailand ialah Krabi & Phi Phi Island. Kedua - dua tempat ni sangatla sesuai untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan laut. 
Tapi kalau anda lebih suka 'bershopping', Hatnyai @ Bangkok adalah tempat yang paling sesuai.
perjalanan dari Wang Kelian, Perlis ke Krabi hampir 5 jam jugala...bergantung pada tahap pemanduan anda..
Di Krabi selain daripada pantai, 'night market' menjadi pilihan...bak kata orang..pekan dia hidup pada waktu malam.Tetapi awas, barangan yang dijual agak mahal berbanding di Hatnyai...dan jika dikira betul2 lebih mahal dari pasar malam kita...Massage @ spa...haaa 2 benda ni berbaloi....massage satu badan baru RM 20.
Kalu nak tgk pantai yang menarik kena naik bot pergi ke Phuket @ Phi Phi Island......memang sangatla cantik. Tambang feri  + aktiviti di Phi Phi Island dalam rm100 seorang untuk satu hari.Jom kita 'scroll' tengok gambar...kot2 sapa yang nak plan bercuti bulehla ke tempat ni....



















March 19, 2011

..ADENOVIRUS..




Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD). Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini.

sumber : Berita Harian

March 18, 2011

APABILA KITA DIJAJAH -entry sedih + geram

Dari dulu hingga sekarang tak habis - habis kita dijajah.......

Dan yang terkini Jawatan Inspektor Kesihatan yang gah dahulunya @ dikenali oleh Pen. Peg. Kes. Persekitaran kini sedang dijajah oleh beberapa Jawatan lain...

Di mana silap dan salahnya...??

Yang di bawah menyalahkan yang berada di atas sana....Yang di atas menuding jari orang di bawah sini.....

Akhirnya tak kemana.....Sebahagian tugas IK@PPKP dah pun diambil orang..

Pepatah ada menyebut....Jika ketuanya kuat, utuhla organisasi itu, tetapi sekiranya lemah ketua itu, runtuhlah ia....

Setealah separuh kita dijajah, barulah kita sedar...bangkit semula untuk selamatkan apa yang tinggal...

Bagi yang berada di atas, janganlah memperjuangkan hak untuk diri sendiri dan KRONI sahaja,

Perjuangkanlah jawatan PPKP ini agar ianya gah seperti dahulu...

Fikirkanlah untuk generasi yang akan datang. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada pembalasannya.

Bagi kita yang berada di bawah, marilah kita bersatu hati, kuatkan persatuan kita, banggalah dengan jawatan kita sekarang.

Untuk semua warga PPKP, janganlah menuding jari di antara kita, janganlah mengkhianati rakan seperjuangan kita dan marilah kita bersama - sama bangkit untuk maju ke hadapan...

Semoga semua usaha kita dipermudahkan olehNya....Ameenn...

March 17, 2011

SEMPAT LAGI KOT.....




1st time nak join GA ni. Saja nak try kot2 ada rezeki......
ea try letak gambar ni....ni gambar waktu p krabi....berlatarbelakangkan chicken island....
thanks pada gieyana blogspot.....sebab promote GA ni..

CERITERA BANDUNG

Alhamdullillah tercapai juga hajat hati kami sekelurga pergi ke Bandung, Indonesia.Pada 07.02.2011 hingga 10.02.2011, kami satu keluarga telah bertolak ke Negara Indonesia itu dengan penuh teruja..(especially Najwa Asyilah) . Perjalan dari Lumut ke K.Lumpur amatlah sesak..al maklumla orang berpusu - pusu nak pulang ke kota setelah selesai cuti CNY.. Sampi di K.L dalam pukul 9.00 mlm, bermalam di rumah SIL di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Perjalanan ke Bandung.........layan gambar jelah ye...banyak sangat tulis boring pulak nanti.
Sebelum tu. sedikit info kepada sesiapa yang nak bercuti ke bandung.....
  •  Tiket flight air asia + Hotel ( Orange Home Hotel) untuk kami 3 beranak ( 2 dewasa & 1 kanak2) selama 4hr 3mlm = RM 1403. { Harga ni ikut nasib...x semestinya fix- Booking malalui Air Asia}
  • Perjalanan ke LCCT : Teksi, ERL dan Bas. Bagi aku dan family....kami menaiki ERL transit dari Bandar Tasik Selatan ke Salak Tinggi. Dan selepas itu, bas transit dah tunggu untuk bawa kami ke LCCT. Tambang ERL + Bas ( sehala) = RM 10.80 dewasa, RM 6.50 kanak2 bawah 12 thn.
  • Tiba di Bandung, driver Hotel dah tunggu untuk bawa kami ke hotel, Bayaran free.
  • Untuk jalan2 di Bandung, boleh upah pemandu pelancong & kenderaan @ naik teksi aje.....
  • Hari kedua kat Bandung, kami upah driver + kereta ( toyota kijang - mcm UNSER)                         ( mula jam 9.00 am hingga 9.00pm). Cakap saja nak ke mana, dia akan bawa. = upah sehari Rp 400 ribu @ RM 130 lebih kurang.( kalu lebih pandai nego mungkin boleh kurang lagi )
  • Jika ke Gunung Tangkuban Prahu, bayaran masuk dikenakan. Pembiayaan ditanggung oleh kita sendiri...bayaran masuk + parking =Rp35 ribu@RM10.50-dewasa & Rp15 ribu@RM 4.50(kanak2), parking Rp 12,500@RM 3.70.
  • Sekiranya anda nak tukar sim kad Indon, jangan lupa pilih MATAHARI.....sebab ia sangat berbaloi... Satu sim kad = Rp 3 ribu @...RM 1...tp kenala beli top up..aku beli Rp 20ribu je..tu pun x habis pakai.
  • Makan di Restoran Simpang Raya ( tgh ) = Rp 85 hingga 95 ribu @ RM 28.50 lebih kurang.
  • Sekiranya nak ambil teksi, pilih Bluebird ( BB) @ Gemas Ripah (GR). Kadar untuk 2 teksi ni berbeza ckit sebab harga mula utk BB Rp 20ribu, GR15ribu @ RM 6 , RM 4.50.
  • dan lain- lain budget untuk soping......

jom layannnn...
















March 14, 2011

@LANGKAWI Slideshow

@LANGKAWI Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ @LANGKAWI Slideshow ★ to Langkawi by Ea Aru. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

' 5S '

Minggu cuti sekolah...
Macam biasa pejabat ni agak sunyi la sikit..
TAPI.....
Kerja tetap banyak.
Betul kata bos aku..
Kita takkan ada masa kalau tak kita yang bagi masa...
SO..
Aktiviti sepanjang minggu ni ialah mengaktifkan balik 5S....
Ada sapa2 yang tahu pasal 5S?
Pada yang tahu bolehla kita bertukar idea nanti...
Pada sapa2 yang baru nak tahu.......5S ialah..


SEIRI ( SISIH )
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON ( SUSUN)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO ( SAPU )
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSUSU ( SERAGAM )
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE (SENTIASA AMAL )
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya


ni antara gambar kat opis yang telah telah dibuat 5S...

ni sudut 5S di bahagian Inspektorat 2



March 13, 2011

MOOD DATANG LAGI

salam semua..
lama sangat rasanya tak update blog nieee..
setela sekian lama
setelah banyak perkara pahit menyinggah..
apapun....itu semua qada' dan qadar tuhan

BILA NAK KE SINI LAGI..

jalan - jalan kat cni..



tido kat cni..


makan buah ni...


tengok wawa happy macam ni..

apapun semua ni pelu ditangguhkan dulu..insyaalah ada rezeki kita pegi lagi...cuti pun tinggal ckit disebabkan keghairahan bercuti awal atahun...:))

March 5, 2011

SEDIH DATANG LAGI...

* Memang minggu ni minggu sedih aku agaknya........

  1. Pemergian Si Kecil Kepadanya.....
  2. Berita yang baru diketahui...kakak ku mengidap leukimia - ( kanser darah...) Ya Allah ujian mu kepadaku hambamu yang daif ini sangat tak tertanggung ya allah..... 
Sesungguhnya Allah Itu  Maha Pengasih Lagi Penyayang..

March 2, 2011

SEDAPNYA..


Kita makan dan makan lagi........Kenapa kita makan dan makan lagi.......Sebab kita lapar dan lapar lagi.........
Kali ni nak celoteh pasal makanan........
( Perhatian: Gambar di atas adalah sekadar hiasan - thumb up pd en.goolge)
Makanan memang perlu bagi kita yang hidup di dunia ini...TAPI...AWAS dalam pemilihan makanan. Tak semua makanan baik / elok/ sedap..FOOD POISONING( FP )...............boleh terjadi sekiranya kebersihan diri & kebersihan makanan itu sendiri tidak dijaga.....
Apa yang sebabkan FP.

                                                                     Ni la antara beribu organisma ( kuman) yang boleh sebabkan penyakit FP.Untuk nak tau lebih lanjut...scroll down k.
Sumber dari http://www.infosihat.gov.my

Apakah Keracunan Makanan? 
Keadaan di mana seseorang itu mengalami
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit 
*Kadangkala demam dan kesejukan 

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul 
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada


• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang


Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang...
Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") 
  dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya


Bagaimana Cara Jangkitan 
Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli 

Bolehkah Masalah Ini Diatasi? 
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari 
  gerai yang kotor.
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah? 
YA …………..Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan 
  • Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan  
  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  •  Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan.
  • Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak 
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA    
 Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
 Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.