Pages

March 18, 2011

APABILA KITA DIJAJAH -entry sedih + geram

Dari dulu hingga sekarang tak habis - habis kita dijajah.......

Dan yang terkini Jawatan Inspektor Kesihatan yang gah dahulunya @ dikenali oleh Pen. Peg. Kes. Persekitaran kini sedang dijajah oleh beberapa Jawatan lain...

Di mana silap dan salahnya...??

Yang di bawah menyalahkan yang berada di atas sana....Yang di atas menuding jari orang di bawah sini.....

Akhirnya tak kemana.....Sebahagian tugas IK@PPKP dah pun diambil orang..

Pepatah ada menyebut....Jika ketuanya kuat, utuhla organisasi itu, tetapi sekiranya lemah ketua itu, runtuhlah ia....

Setealah separuh kita dijajah, barulah kita sedar...bangkit semula untuk selamatkan apa yang tinggal...

Bagi yang berada di atas, janganlah memperjuangkan hak untuk diri sendiri dan KRONI sahaja,

Perjuangkanlah jawatan PPKP ini agar ianya gah seperti dahulu...

Fikirkanlah untuk generasi yang akan datang. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada pembalasannya.

Bagi kita yang berada di bawah, marilah kita bersatu hati, kuatkan persatuan kita, banggalah dengan jawatan kita sekarang.

Untuk semua warga PPKP, janganlah menuding jari di antara kita, janganlah mengkhianati rakan seperjuangan kita dan marilah kita bersama - sama bangkit untuk maju ke hadapan...

Semoga semua usaha kita dipermudahkan olehNya....Ameenn...

No comments: