Pages

March 2, 2011

SEDAPNYA..


Kita makan dan makan lagi........Kenapa kita makan dan makan lagi.......Sebab kita lapar dan lapar lagi.........
Kali ni nak celoteh pasal makanan........
( Perhatian: Gambar di atas adalah sekadar hiasan - thumb up pd en.goolge)
Makanan memang perlu bagi kita yang hidup di dunia ini...TAPI...AWAS dalam pemilihan makanan. Tak semua makanan baik / elok/ sedap..FOOD POISONING( FP )...............boleh terjadi sekiranya kebersihan diri & kebersihan makanan itu sendiri tidak dijaga.....
Apa yang sebabkan FP.

                                                                     Ni la antara beribu organisma ( kuman) yang boleh sebabkan penyakit FP.Untuk nak tau lebih lanjut...scroll down k.
Sumber dari http://www.infosihat.gov.my

Apakah Keracunan Makanan? 
Keadaan di mana seseorang itu mengalami
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit 
*Kadangkala demam dan kesejukan 

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul 
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada


• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang


Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang...
Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") 
  dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya


Bagaimana Cara Jangkitan 
Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli 

Bolehkah Masalah Ini Diatasi? 
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari 
  gerai yang kotor.
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah? 
YA …………..Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan 
  • Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan  
  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  •  Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan.
  • Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak 
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA    
 Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
 Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.






2 comments:

ppb_ppkp said...

salam mama najwa..alhamdulillah..
akhirnya.kuterjah jua blog mu..selamat berblogging...

ea_aru said...

selamat......