Kesibukan melanda sampai tak dan nak mengupdate blog ni....
Macam biasa kerja PPKP Unit CDC...menyiasat kes.....kes terbaru adalah berkaitan dengan AFP..
Kes ni memang jarang-jarang berlaku dan ia pun bukanlah kes yang patut dinotifikasi ..tetapi sebagai survelan sahaja....
AFP ni juga berkaitan dengan pemberian vaksin POLIO yang diberikan waktu kita kanak2 dahulu..
Selalunya sekiranya kita mendapat vaksin tersebut...kemungkinan penyakit AFP ni tidak terjadi tetapi jika sebaliknya...haa...itu yang harus disiasat...Sedikit info tentang AFP untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.
POLIO merupakan antara penyakit pra sejarah yang amat digeruni. Lukisan dinding di kuil-kuil Mesir kuno menggambarkan orang-orang dengan kaki pincang sambil berjalan dengan tongkat. Pembesar Rom, Claudius adalah antara mangsa yang terpaksa menderita seumur hidupnya.
Ketika polio menyerang Amerika semasa Perang Dunia kedua, penyakit ini dipanggil dengan nama ´roh orang tua´ kerana sifatnya yang hanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur antara lima tahun ke bawah. Pada masa itu, para penjaga dan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka keluar dari rumah.
Zaman peralihan yang digelar globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini bukan sahaja menghapuskan sempadan dan membanjiri budaya dan maklumat menerusi teori pertukaran pintar ini, bahkan turut bertukar-tukar dan menularkan wabak maut dari satu wilayah negara ke wilayah negara lain atau dari satu benua ke benua lain di seluruh dunia dengan mudah.
Polio adalah sejenis penyakit dalam kategori penyakit peradaban kerana sifatnya yang menular menerusi hubungan antara manusia. Polio merebak melalui mulut ketika seseorang memakan atau meminum makanan dan minuan yang telah dicemari dengan virus polio.
Virus polio menyerang tanpa peringatan, ia mampu merosakkan sistem saraf tunjang yang mengakibatkan lumpuh kekal kebiasaannya kepada kaki mangsa. Malah, penyakit ini mampu melumpuhkan pergerakan otot penafasan mangsanya sehingga membawa maut.
No comments:
Post a Comment