Pages

February 27, 2011

KITA DATANG DARINYA & KITA AKAN PULANG KE PANGKUAN-NYA

Perasaan sangat , tersangat sangat sedih. Walaupun bukan dari ahli keluarga dan sahabat tetapi pemerigiannya amat dirasai, sangat menyentuh hati. Kes anak kecil yang mengidap chicken pox yang disiasat beberapa hari yang lalu telah kembali ke rahmatullah. Masih terbayang redup mata dan kesakitan yang ditanggung. Ya allah kenapa begitu hebat dugaan yang engkau beri kepada keluarganya. Semoga si kecil ditempatkan di sisi allah - SYURGA hendaknya......Amin.

February 25, 2011

KERANA KAU AKU MERANA...

* Kerana kau wahai si cek ti ( tikus ) aku merana. Bukan aku yang merana..tapi 1 kes ni....( yg baru dapat notifikasi)
Leptospirosis aka kencing tikus adalah satu penyakit yang baru je kita dengar kan. Itupun selepas meletusnya kes Leptospirosis di Kedah. Sebenarnya....kencing tikus yang berbahaya ni adalah tikus liar dan bukannya tikus rumah.....jadi kepada sesiapa yang ada tikus di rumah janganla takut ye.....TETAPI.. kebersihan diri dan persekitaran perlulah dijaga. Sedikit info kepada semua pembaca mengenai 

LEPTOSPIROSIS..
Pengenalan
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape). 

Nama-nama lain.
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola. 

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah: 
-Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
-Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
-Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
    Tanda dan Gejala
    Gejala :
    Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
    Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
    Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
    Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
     Radang selaput mata.
    Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

    Tanda dan ujian makmal
    *(Ujian sel darah putih (WBC).
    *Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
    *Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
    *Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
    *Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
    *Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy),  
      silver stained atau mikroskopi floresent.
    *Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang 
      belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
    *50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
    *Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan 
      kekal sehingga 30 hari.

    Harapan(Expectations)(prognosis)

    Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

    Komplikasi:
      Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
      Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
      Perdarahan yang teruk.
      Respiratory distress).
      Kegagalan fungsi hati.
      Kegagalan fungsi buah pinggang

    Rawatan
    1.Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi 
       untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan 
       bermasalah.

    Pencegahan
    1. Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim 
       tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh 
       mengurangkan risiko mendapat penyakit.

    February 23, 2011

    YA ALLAH SEMBUHKANLAH DIA SECEPAT MUNGKIN...

         Baru nak reda kes scabies, kes chicken pox pula yang melanda.Anugerah alam kan..Tapi bagi kes ni, hati aku tiba- tiba jadi sensitif yang teramat sangat....tersentuh. Walaupun chicken pox bukan lagi disenaraikan sebagai kes yang perlu dinotifikasi, ia tetap berlaku.
        Sebenarnya kes ini tidak akan menjadi teruk sekiranya rawatan awal diambil. Semasa pergi menyiasat kes INI, hati aku terus jadi sayu.Tak sangka budak sekecil itu ( lebih kurang umur anakku) terpaksa menanggung derita yang amat berat. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Kepada SI KECIL , aunty mendokan semoga cepat sembuh dan boleh bermain seperti dahulu.
       








    AL FATIHAH BUAT SI DIA ....SEMOGA BERBAHAGIA HENDAKNYA DI ALAM YANG KEKAL ABADI....Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 27.02.2011 lebih kurang jam 4.00 petang. Kapada ibu dan bapanya...semoga sabar dan tabah dalam melalui hidup seterusnya...

    Berikut sedikit info berkenaan chicken pox...
    Pengenalan
    Tanda2
    Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

    Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).


    Tanda dan Gejala
    Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

    Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


    Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


    Komplikasi
    Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
    • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
    • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
    • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
      Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
    Komplikasi akibat chicken pox:
    • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
    • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
    • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
    • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
    Rawatan
    1. Ubatan anti-viral : Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
    1. Rawatan antibiotik:Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
    1. Rawatan di rumah:
      • Sapu losyen calamine.
      • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
      • Panadol untuk demam 

       Petua orang lama pula:
      • Kena makan berpantang ( X boleh makan makanan bergoreng dan yang gatal2, buah-buahan yang panas spt. tembikai dll)
      • Kerap mandi dan jika boleh mandi menggunakan air kelapa ( Supaya semua bintik2 merah keluar dengan cepat ).
      • Tidur di atas daun mambu.
    Pencegahan
    Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

    February 22, 2011

    SUPPLEMENS OH SUPPLEMENS

    Di usia makin meningkat ni macam-macam yang diperlukan. Penjagaan diri luaran dan dalaman yang paling penting. Aku juga secara tidak lansung terbuka hati untuk mencari beberapa makanan tambahan. Bila di 'survey' di beberapa farmasi di sekitar Kangar ni...masyaallah...banyaknya jenama dan jenis supplemens yang berada di pasaran. Pening pulak memikirkan mana satu yang sesuai....lain orang lain yang diperlukan untuk tubuhnya....Pilih punya pilih aku ambil keputusan untuk cuba yang ini .




    * apapun supplemens yang makan perlulah berterusan. Oleh itu 'budget' amat perlu.Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri.

    February 21, 2011

    SCABIES A.K.A KUDIS BUTA

    Kenapa penyakit ni menyerang lagi........
    Salah satu aktiviti minggu ni adalah untuk menjalankan siasatan kes ni..
    Untuk makluman semua scabies ni penyakit  'common' yang boleh berlaku sekiranya kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga...
    Untuk semua. sedikit ilmu @ makluman mengenai penyakit scabies.......

    Scabies adalah penyakit kulit yang disebabakan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.
    Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula
    Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.
    Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
    Gambar Telur Hama


    Inilah Sarcoptes scabie

    * thanks pada mr.google atas gambar di atas..

    February 20, 2011

    DESIGN

    Al maklumla....baru nak mula berblogging....masa terasa amat cepat berlalu.........
    Apapun..kerja hakiki haruslah diselesaikan terlebih dahulu.......
    Jiwa- amat teruja,,,