Pages

December 11, 2011

LAMANYA...

Assalamualaikum...
Lamanya tak berupdate blog ea_aru ni...
Kalu rumah kena tinggal lama - lama macam ni...mesti dah ada yang tumpang....
Banyak nya nak cerita bukan kepalang tapi...dipendekkan......

1st  - nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri...walaupun Aidiladha pon dah berlalu.
2nd - Alhamdulillah...dengan rezeki yang dilimpahkan kepada keluarga kami...tahun depan 
        insyaallah semoga dipermudahkan semuanya...dapat baby baru....dijangka due awal bulan 4.
3rd - Happy Birthday my dear..Najwa Asyilah....25.10.2011 cukup umur wawa 4 tahun..
4th - My Birthday....thanks pada semua yang wish..
5th - My Hubby Birthday...and the same time...OUR ANNIVERSARY...

Disebabkan alahan yang agak teruk dan kemalasan yang teramat telah melanda..maka sebab itula blog ni sunyi sepi selama hampir 6 bulan.... cuma sekali sekala blogwalking kawan -kawan ja....
Selama masa itu aktiviti  yang dibuat adalah...



JOM LAYAN GAMBAR JE LA YE....
1.Belated pic Hari Raya Aidilfitri.......Kononnya tema warna kelabu tapi dah lari cikit sb baju wawa x warna tersebut. Lagipon mood raya sangatlah tak ada disebabkan satu rumah yang demam...




 2. Birthday Najwa Asyilah..
Disebabkan keadaan mama yang kurang baik.....tahun ni birthday wawa sambut kat school ja....ni antara goodies yang sempat disiapkan untuk bagi pada kawan2..




Rasanya sampai cni dulu utk tatapan semua..Insyaallah keadaan dh mengizinkan...so nanti ea update lagi ye...

August 5, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK


salam ramadhan
semoga ramadhan kali ini dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran dan keberkatan.
moga - moga rezeki dipermudahkan dan diberkati..
ameen ya rabbal alamin

July 30, 2011

NATURE

salam....sebenarnya nak cerita pasal pokok2 yang ea tanam kat umah..
memang seronok tgk pokok2 segar....menghijau..
nak buat landscape...budget tak da lagi....so tanam je la dalam pasu..
ni hasil beberapa pokok yang sempat disnap oleh cik olympus....jom layan...

July 22, 2011

HUG ME

Excitednye wawa bila jumpa buah strawberry ni..
Suka..suka..suka sangat...
Percutian singkat cukup untuk family treatment kami sekeluarga



SAYA TAK SABAR

Tak sabar rasanya nak mendeco rumah ni...
Walau apapun harus menyimpan secukupnya sebelum memulakannya....
Pengalaman masuk rumah dulu sedikit sebanyak membukakan minda ini untukmembuat perkara - perkara penting...asas
Antaranya..lampu,kipas,wiring dan gril...
Langsir.......nanti2 la kot....
Semoga semuanya berjalan dengan lancarnya... 
Gambar seterusnya nanti ea update bila dah siap reno nanti ye..


July 17, 2011

PETANQUE

Salam...
Sekali lagi nak cite  sukan......
Lepas pada ping pong dan badminton...permainan ni pulak mengambil tempat untuk dipertandingkan....
Petanque ni  permainan asalnya dari negara Perancis...mengikut kata en.munirhasman b. mat zin....
Permainan ni sebijik macam main guli...cuba kelainannya dia ada jet....so tuju la bola tu dekat jet...sapa paling sekat dia menang la.......lebih kurang mcm tu la ye...jom layan gambo jer...






July 15, 2011

MACARONS

Sedap sangat ke macarons ni ye.......makanan yang tgh famous sekarang ni......
Apapun kena coba...
Sapa ada jual macarons di Perlis ni ye........
Kalu Tak da..kena order dari kl la.....
Tolong syer dekat cni ye..sapa penah makan macarons no..rasa mcm?ada perisa apa?
Bukan mengidam nak makan ye tapi teringin sangat sebab colour dia yang cantik......


Acute Flaccid Paralysis (AFP)

Kesibukan melanda sampai tak dan nak mengupdate blog ni....
Macam biasa kerja PPKP Unit CDC...menyiasat kes.....kes terbaru adalah berkaitan dengan AFP..
Kes ni memang jarang-jarang berlaku dan ia pun bukanlah kes yang patut dinotifikasi ..tetapi sebagai survelan sahaja....

AFP ni juga berkaitan dengan pemberian vaksin POLIO yang diberikan waktu kita kanak2 dahulu..
Selalunya sekiranya kita mendapat vaksin tersebut...kemungkinan penyakit AFP ni tidak terjadi tetapi jika sebaliknya...haa...itu yang harus disiasat...Sedikit info tentang AFP untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.


POLIO merupakan antara penyakit pra sejarah yang amat digeruni. Lukisan dinding di kuil-kuil Mesir kuno menggambarkan orang-orang dengan kaki pincang sambil berjalan dengan tongkat. Pembesar Rom, Claudius adalah antara mangsa yang terpaksa menderita seumur hidupnya.
Ketika polio menyerang Amerika semasa Perang Dunia kedua, penyakit ini dipanggil dengan nama ´roh orang tua´ kerana sifatnya yang hanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur antara lima tahun ke bawah. Pada masa itu, para penjaga dan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka keluar dari rumah.
Zaman peralihan yang digelar globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini bukan sahaja menghapuskan sempadan dan membanjiri budaya dan maklumat menerusi teori pertukaran pintar ini, bahkan turut bertukar-tukar dan menularkan wabak maut dari satu wilayah negara ke wilayah negara lain atau dari satu benua ke benua lain di seluruh dunia dengan mudah.
Polio adalah sejenis penyakit dalam kategori penyakit peradaban kerana sifatnya yang menular menerusi hubungan antara manusia. Polio merebak melalui mulut ketika seseorang memakan atau meminum makanan dan minuan yang telah dicemari dengan virus polio.
Virus polio menyerang tanpa peringatan, ia mampu merosakkan sistem saraf tunjang yang mengakibatkan lumpuh kekal kebiasaannya kepada kaki mangsa. Malah, penyakit ini mampu melumpuhkan pergerakan otot penafasan mangsanya sehingga membawa maut.

auld lang syne

salam semua...
lumrah alam..
yang hidup akan mati
yang muda akan tua
cite ni dah lama...tapi baru berkesempatan nak update..
terperuk agak berabad dalam draft ye...
sempena perpisahan Mr. Krishnan awal Julai yang lalu...
sambutan di Samudera Curry House, Kuala Perlis....
to uncle...Be Strong & Happy Forever After





June 21, 2011

I'M BACK

                                                                ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah..syukur dengan rezeki dan limpah rahmat yang telah 
diberikan kepada kita...ameen..
Salam semua...lama tul x bercerita....dok window walking je kat blog kengkawan..
Sebenarnya x cite menarik pon........
baru balik dari bercuti setelah lama terdesperate nak bercuti,,
Akhirnya teringin nak ke Hatnyai & Songkla dah tercapai..
Trip kali ni kami p 7 family...semuanya geng pejabat dan semuanya....konvoi naik KANCIL je.....
Bertolak dari Padang Besar dalam pukul 10.00 pagi, terus ke Songkla...Zoo Songkla...
Apa lagi...tengok binatang la........yang lainnya zoo kat cni sb binatang dia boleh bermesra dipegang2 @ disentuh2...boleh bagi makan lagi....
Lepas p zoo...straight p aquaria. kat Songkla gak.....tengok ikan2...kalu kat Malaysia macam underwaterworld kat langkawi tu la....tapi kat cni ada juga yang lainnya..boleh tgk orang bagi makan ikan live kat dalam aquarium tu...sekali lagi...budak2 je la yang suka bangat...
Malamnya....Floating Market la...kat sana ada jual macam2 termasukla makanan ( lalu dgn tak je anak tekak ni nak telan ). Yang bertnya kat sini, kalu mkn @ minuman yang dibeli dalam tembikar tu..lepas mkn bekasnya boleh dibawa balik...
Esoknya......Jalan2 kat area Hatnyai dan balik ke Perlis....
Yang lain layan gambar je la yea......
(p/s: kat Thailand ni kureng ckit kebersihannya...awas..anjing berada di mana2 dan makanan Islam x semestinya HALAL)










June 9, 2011

X8 vs X10

salam...
Tetiba nak cite pasal hp.....
la ni semua nak pakai android berbanding simbiens..
so...aku tak terkecuali....
lepas let go x8..dapat x10
hp yg diidam2kan sangat.....apa yang menariknya android...ye...jom tgk...








Sistem Operasi Google Android di hand phone memang masih baru, namun demikian Sistem Operasi Android telah mengalami perkembangan yang cukup pesat. Dicipta sebagai tandingan iOS, Android menunjukan grafik perkembangan yang baik, ini tentu menyebabkan kebanyakkan pengeluar hand phone berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang berasaskan OS android ini.
Jika Anda bercadang membeli sebuah hand phone Android, dan ingin tahu apa kelebihan dan kekurangannya, berikut ini beberapa kelebihan dan kekurangan operasi Android.

Kelebihan Hand phone Android
Multitasking – Hand phone Android boleh menjalankan pelbagai aplikasi, ini bermakni anda boleh browsing, Facebook sambil mendengar lagu.
Kemudahan dalam Notifikasi – Setiap ada SMS, Email, atau bahkan artikel terbaru dari RSS Reader, akan selalu ada notifikasi di Home Screen hand phone Android, tak ketinggalan Lampu LED Indikator yang berkelip-kelip, sehingga Anda tidak akan terlewat walau satu SMS, Email ataupun Misscall sekalipun
Akses Mudah terhadap Ribuan Aplikasi Android melalui Google Android App Market – Kalau Anda senang install aplikasi ataupun games, melalui Google Android App Market Anda boleh mendownload berbagai aplikasi dengan percuma. Terdapar ribuan aplikasi dan games yang siap untuk Anda download ke hand phone Android.Pilihan hand phone yang berbagai-bagai – Bercakap mengenai hand phoneAndroid, akan terasa ‘bebeza’ dibandingkan dengan iOS, jika iOS hanya terbatas pada iPhone dari Apple, tetapi Android tersedia di HP dari berbagai pengeluar, mulai dari Sony Ericsson, Motorola, HTC sampai Samsung. Dan setiap HP Android dengan datang dengan gaya masing-masing, seperti Motorola dengan Motoblur-nya, Sony Ericsson dengan TimeScape-nya. Jadi Anda boleh memilih HP Android sesuai dengan pilihan merekaBoleh menginstal ROM yang dimodifikasi – tak puas dengan tampilan standard Android, jangan bimbang kerana ada banyak Costum ROM yang boleh Anda guna di HP Android.Widget – benar sekali, dengan adanya Widget di homescreen, Anda boleh dengan mudah mengakses berbagai setting dengan cepat dan mudah.Google Maniak – 
Jika Anda pengguna setia layanan Google mulai dari Gmail sampai Google Reader, HP Android telah terintegrasi dengan layanan Google, sehingga Anda boleh dengan cepat memeriksa email dari gMail.

Kekurangan
Tidak boleh dinafikan disamping kelebihan tentu ada kekurangan dari sistem operasi Android ini.
Memerlukan sambungan Internet yang terus menerus – kebanyakan HP Android memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif.kena ada duit lebih sikit la kalau nak gunakan HP android ni..
Iklan – Aplikasi di HP Android memang boleh didapatkan dengan mudah dan percuma, namun masalahnya di setiap Aplikasi tersebut, akan selalu ada Iklan yang terpampang, entah kat atas atau kat bawah aplikasi
(makluman dari  en.google)

June 5, 2011

SAYANG KAMU

Makin besar ,makin banyak cakap..
Makin besar, makin banyak akal..
Makin besar, macam2 perangai...
Makin besar, makin banyak merajuk,
Makin besar.......SANGAT SAYANG KAMU...

June 3, 2011

MAAF SAYA SIBUK ...

Salam semua...
minggu ni kesibukan melanda..
dari hujung Mei hari tu sampaila hari ni baru sempat untuk berblogger...
Audit 5S kembali...mau tak cbuk...sebabnya kat unit ea tu...2,3 orang 
je yang gigih membuat itu dan ini...
yang lain...hmmmmmm..
kaum adam....so ....bab menghias ni kurang la ckit...
nanti kalu dah siap ea letak gambarnya ye......
kepada semua yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ni THANK YOU..

May 24, 2011

AKU SUKA

Dah lama rasanya x amb gambar pakai cik olympus...asyik guna hp je...
Semalam, kebetulan nak cas bateri...sempat tangkap sekeping dua..
Teringin nye nak pakai En. DSLR tu ada tapi..buat masa sekarang terpaksa ditangguhkan dulu ye.
Budget untuk yang  lain tengah menunggu ni....
Yang penting budget utk rumah baru nanti mesti didahulukan...
Apapun jom kita layan gambar dari cik Olympus ni...

 squirrell oh squirrell

 tah apa 2 la..saja tangkap..

memang seronok boleh main barang mama


 my collection ---go go power rangers


colour time

May 22, 2011

ADDICT PLAYGROUND


Salam.... semangat pepagi isnin nak update blog ni.....wawa sekarang dah addict nap p playground...tiap2 hari kalu boleh nak p kat cni....dah p susah betul nak balik.....
selalunya main basikal kat luar umah je...sejak opah mai dari kampung ni dan ada orang melayan asyik nak main je......thanks ye opah sebab melayan si wawa ni........sesungguhnya amatlah bahagia apabila orang yang disayangi berada di depan mata...